Rabu, 12 November 2008


Reissa Adikku

Jumat, 29 Juni 2007


TANGISAN NABI ADAM...

"Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya :

Dalam sehari ada 24 jam?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.""

insaflah.....

Barisan ke akhirat

1. Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki. Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya.
2. Barisan Kedua - Manusia berwajah khinzir hitam. Mereka di dunia telah melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran.
3. Barisan Ketiga - Manusia seperti baghal (kaldai) dengan perutnya seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka di dunia telah enggan mengeluarkan zakat.
4. Barisan Keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia telah berdusta dalam berjual beli.
5 .Barisan Kelima - Manusia seperti angin yang bertiup, berbau tersangat busuk. Mereka di dunia telah menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.
6. Barisan Keenam - Manusia yang tengkorak dan tengkoknya putus. Mereka di dunia telah menjadi saksi palsu, mengada-adakan cerita yang tidak berlaku hingga menyebabkan orang lain teraniaya.
7. Barisan Ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar pula darah dari mulutnya. Mereka di dunia telah enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.
8. Barisan Kelapan - Manusia berjalan terbalik (dengan kaki di atas manakala kepalanya di bawah). Manusia yang telah melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.
9. Barisan Kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka yang semasa di dunia telah memakan harta anak yatim.
10. Barisan Kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera (penyakit kusta) dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia telah menderhaka kepada kedua ibubapanya.
11. Barisan Kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya panjang seperti tanduk, bibirnya melebar hingga ke dada, lidahnya pula terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik. Mereka di dunia telah sentiasa meminum arak.
12. Barisan Keduabelas - Manusia yang berwajah berseri-seri serta bercahaya. Merekalah golongan yang beriman dan telah beramal soleh semasa di dunia

Renungan


Renungan.. malaikat..

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,"Setiap anak Adam dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. Al Quran: "Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

Anugrah di Akhirat


Jasa di dunia vs Anugerah di akhirat

1. Meninggalkan sembahyang
>>> Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang
>>> Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat
>>> Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang
>>> Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah
>>> Duri- duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan
>>> Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia
>>> Kemurkaan Allah bersama mu

8. Menyakiti hati orang dengan lisan
>>> Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah
>>> Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk
>>> Amalan baik diambil orang